KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau menegaskan jika dasar rasionalisasi subsidi kerajaan berjaya, penjimatan itu boleh dialihkan kepada bantuan sosial yang berpotensi meningkatkan pengurangan kemiskinan di samping menjana penjimatan fiskal.
"Saya tahu ramai yang bertanyakan mengenai masa untuk kita memperkenalkan mekanisme itu, walau bagaimanapun, mengutamakan penyelarasan dan persediaan untuk langkah itu adalah perlu bagi sesuatu yang sebesar ini," katanya ketika berucap semasa pelancaran Malaysia Economic Monitor ke-29 oleh Bank Dunia bertajuk Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills di sini, pada Khamis.
Beliau berkata 11.6 juta individu atau 52.6 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas telah mendaftar dengan hab Pangkalan Data Utama (PADU).
"Ini memberikan kapasiti yang mencukupi untuk akhirnya melaksanakan rasionalisasi subsidi dan peralihan daripada model regresif subsidi menyeluruh.
"Pada tahap yang diperlukan ini, data berbutir, kita boleh meminimumkan kesilapan pengecualian dan rangkuman, dan memastikan pengagihan subsidi yang saksama kepada mereka yang paling memerlukannya," katanya.
Sementara itu, laporan Malaysia Economic Monitor oleh Bank Dunia menekankan prospek pertumbuhan jangka panjang Malaysia, yang sangat bergantung pada pengukuhan modal insan dengan meningkatkan hasil pembelajaran untuk kanak-kanak.
Laporan itu membuat empat syor untuk meningkatkan hasil pembelajaran termasuk memastikan semua kanak-kanak mendapat manfaat daripada pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi dan berada di sekolah rendah dalam keadaan bersedia untuk belajar, selain meningkatkan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak dan kualitinya untuk isi rumah berpendapatan rendah.
"Malaysia juga mesti mengukur dengan teliti hasil pembelajaran pelajar dan menanda aras kepada piawaian antarabangsa selain perlu mengukur prestasi guru secara menyeluruh.
"(Selain itu) perlu menyediakan program latihan guru yang berkesan, serta dasar yang mempertimbangkan pengalaman dan keperluan guru, sekali gus memastikan keberkesanan dan kemampanan," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Rafizi ketika berucap semasa pelancaran Malaysia Economic Monitor ke-29 oleh Bank Dunia bertajuk Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills pada Khamis. - Foto Bernama
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
TERAJU, Yayasan Peneraju, Ekuinas diberi peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera - Rafizi
Inisiatif penjajaran semula ini juga dilakukan susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini
Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.